Through the lense of Bluedynno

By: Wan Mohd Faizal Wan Zainus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Monday, 10-Dec-2007 04:16 Email | Share | | Bookmark
Wedding Liza & Wan, Branang

 
 
 
View all 22 photos...


Tuesday, 26-Dec-2006 17:10 Email | Share | | Bookmark

 

Ni majlis akad nikah cousin Ija aku shoot baru ni. diorang sanding bulan Feb so album tak buat lagi. By next year aku increase basic package untuk wedding photography ni tapi aku akan bagi package yang lebih interesting lagi la. Aku buat custom album baru lagi cun and boleh siap lagi cepat. Nanti aku tunjuk cemana rupa album tu. So sesapa yang nak kawen or kenal orang nak kawen yang carik photographer bagitau la aku cepat2 before aku naikkan harga. Aku jamin package aku antara yang termurah but with quality. Senang2 masuk la official website Bluedynno.


Wednesday, 13-Dec-2006 18:10 Email | Share | | Bookmark
Educamp Adventure


Weekend lepas aku, Jusoh, Romli, Aneeta & Nurul pegi ke Perak lagi, ada Educamp kat UTP. Tapi macam biasa la, tak sah kalau tak pegi melencong ke tempat lain. Kali ni kitorang plan baik punya, pegi camping kat Gunung Berinchang. UFL plak ada buat year end sale, diorang ni pegi beli tent, sleeping bag & camping gadget lain. Kitorang gerak ke Cameron hari Jumaat malam lepas aku balik keje. Pegi naik kereta Nabira Aneeta, kereta rasmi kitorang, haha! Romli tak ikut lagi, dia gerak hari Sabtu terus ke Ipoh. Kitorang sampai kat puncak Berinchang dekat pukul 2 pagi. Tak penah2 lagi aku pacak khemah pagi2 buta camni. Ramai gak orang camping kat atas tu malam tu. Nasib baik ada space kecik nak pacak 2 khemah. Jusoh pun terus masak maggi & buat air Nescafe. Pukul 4 pagi baru tido.

Pagi esoknya kitorang bangun awal sebab kononnya nak amik gambo sunrise. Aku tak minat sangat shoot landscape ni so layan tido dulu. Dah cerah sikit baru aku pegi panjat menara. Sejuk tak hingat!!! Menggigil tangan, nak hold camera steady pun takleh, dah le aku tak bawak tripod. Tapi scenery memang cun pagi tu sebab tak banyak kabus. Puncak Irau pun nampak kat sebelah tu. Dah puas ambik gambo, kitorang masak breakfast, mewah gak la makan. Dapat la jugak kenal ngan a few yang datang situ, especially ngan 4 orang foreigners ni, lama borak ngan diorang. Lepas makan kitorang lepak2 lagi sambil kemas barang sikit2. Tengahari baru kitorang gerak turun bawah, sambil2 tu berenti kat tengah jalan ambik scenery ladang teh, memang cun macam selalu. Sampai kat Cameron kitorang shopping sket before proceed to Ipoh lepak kat Casuarina. Malam nye kitorang layan Cicak Man, cerita yang menarik korang patut pegi tengok

Pagi Ahad gerak ke UTP untuk briefing facee. Abis awal then session ngan student start pukul 2 petang, apa lagi terus kitorang pegi ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Last time nak pegi tapi tak cukup time. Kali ni ada masa 2 jam so sempat la. Pegi ambik gambo jugak la, masing2 belajar pasal focusing & metering. Menarik gak tempat tu. Petang tu start Educamp sampai ke malam. Sempat lagi layan De Javu plak pastu.... hahaha!!!

Pagi Isnin lepas check out dari Casuarina, kitorang pegi Gua Tempurung plak. Romlee tak ikut sebab nak balik terus. Ni pun plan nak pegi hari tu tapi tak jadi sebab tak cukup time. Tu pun nyaris2 tak dapat pegi yang Top of the World + River Adventure sebab nak min 8 orang. Kitorang tunggu sampai dekat kol 12 nasib baik ada satu group Cina nak pegi so kitorang join ngan diorang la. Memang best tempat ni tapi sayang aku tak bawak kamera sebab kene merangkak dalam air. Tak sanggup aku nak ambik risk, rosak kamera naya aku. 2 jam lebih gak journey masuk dalam tu. Paling best masa jalan balik sebab ikut underground river, tak terasa letih sebab seronok. Keluar Gua Tempurung ingat nak pegi Lata Kinjang plak tapi sebab dah lewat kitorang terus ke R&R Tapah, makan and beli buah. Aku sampai rumah kol 8.30 malam, letih gila rasa. Tapi kali kene pegi lagi. Kitorang plan nak camping kat Gua Tempurung, boleh datang awal and pegi caving then terus layan white water rafting plak. Tunggu la Educamp tahun depan pulak.....


Wednesday, 6-Dec-2006 16:01 Email | Share | | Bookmark
Samsi & Salmah @ Gombak

 
 
 
View all 9 photos...






Wednesday, 6-Dec-2006 15:21 Email | Share | | Bookmark
Sesame Street @ Jaya Jusco Balakong

 
 
 
View all 9 photos...




Sesame Street performance during grand opening of Jaya Jusco Balakong.


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net